Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah ini boleh menyebabkan lumpuh.

Bagi anda yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui melalui artikel ini.

Sebelum itu, ketahui lebih lanjut tentang maksud slip disc yang sering berlaku di dalam masyarakat hari ini.

Apakah Itu Slip Disc?

C:\Users\User\Desktop\apa itu slipped disc.jpg

Slipped disc terjadi akibat kedudukan postur badan yang tidak betul akibat mengangkat berat berlebihan.

Dalam istilah perubatan, ia dipanggil masalah intervertebral disc (cakera intervertebra) yang semakin menua, kandungan cakera yang terkeluar dan menghimpit saraf di sekeping tulang belakang.

Malah koyakan pada cakera intervertebra mengakibatkan keradangan di sekeliling kawasan saraf tulang belakang dan menyebabkan rasa sakit belakang dan kebas pada kaki.

C:\Users\User\Desktop\penyebab.jpg

Sebagai informasi tambahan, cakera intervertebral berperanan menyerap hentakan, menambah ketinggian individu dan menjadikan tulang belakang fleksibel.

Cakera tersebut diselaputi oleh lapisan fiber annulus fobrosus yang mengandungi nucleus polpopsus.

Nucleus poplopsus boleh terkeluar dan menghimpit saraf di kawasan tulang belakang sekiranya berlaku koyakan di annulus fibrosus.

Masalah Slipped Disc Dan Penyebab Pergerakan Terbatas

C:\Users\User\Desktop\bawa barang berat.jpg

Masalah slipped disc banyak dikaitkan dengan faktor usia.

Ini kerana cakera intervertebral mempunyai banyak cecair ketika seseorang itu di usia muda.

Namun, jangan terkejut jika dilaporkan kini golongan muda juga ramai menderita masalah slip disc sehingga menyukarkan pergerakan seharian.

Berikut adalah beberapa punca slip disc berlaku di kalangan golongan muda:

1.Pernah mengalami kemalangan / trauma / jatuh

2.Lebihan berat badan hingga beri tekanan pada disc

3.Kerja berat selepas mengangkat barang

4.Sering membongkok

5.Kurang bersenam

6.Selalu memandu jauh dalam tempoh masa yang lama

Simptom Slipped Disc

Ada beberapa petanda yang menunjukkan anda mungkin berdepan dengan masalah ini.

1.Sakit pada bahagian kaki terutama di bahagian punggung, betis dan peha. Sakit boleh dirasai dalam keadaan bersin atau menunduk.

2.Sindrom sciatica iaitu sering berasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah badan.

3.Rasa kebas dan menyucuk.

Apa Kata Doktor Mengenai Slid Disc?

C:\Users\User\Desktop\apa kata doktor.jpg

Sekiranya anda mengalami gejala-gejala yang dinyatakan di atas, adalah dinasihatkan untuk anda segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan atau nasihat.

Kami kongsikan pandangan seorang doktor perubatan, Dr Khairul Mohammad Kamar berkenaan masalah slipped disc ini.

  • Adalah penting untuk orang ramai ketahui bahawa tidak semua masalah slipped disc memerlukan pembedahan untuk merawatnya.
  • Pembedahan hanya dilakukan jika keadaan seseorang itu sangat teruk dalam tempoh yang lama.
  • Untuk kes-kes biasa, doktor akan memberikan suntikan steroid di belakang badan (epidural steroid) bagi melegakan keradangan dan kesakitan belakang badan.
  • Untuk menguatkan otot dan tulang belakang, sila lakukan fisioterapi secara berkala. Anda boleh dapatkan perkhidmatan fisioterapi.
  • Ramai orang pergi berurut apabila mengetahui dirinya mengalami masalah slipped disc. 
  • Urutan hanya memberi kelegaan dalam tempoh pendek namun langsung tidak memberi kesembuhan dan menolak disc yang telah terkeluar dari tempat asal.

Jika anda gagal mendapatkan rawatan awal atau berjumpa doktor dengan segera, anda akan berdepan dengan beberapa komplikasi slip disc :

1.Lumpuh pada bahagian kaki.

2.Seseorang itu juga gagal mengawal pembuangan air kencing dan besar.

Kesimpulan

Masalah slip disc sememangnya memerlukan perhatian dan pemeriksaan awal untuk mengelakkan komplikasi yang teruk pada masa akan datang. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang disenaraikan di atas.

P.S Sekiranya anda sedang mencari rawatan alternatif terhadap sakit lutut atau ingin membantu ibu bapa anda yang telah sekian lama berdepan dengan masalah sakit sendi, CMary adalah jawapannya.

Ia diyakini selamat untuk dimakan, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malah turut mendapat pengesahan SIRIM.

Bukan sahaja sesuai buat mereka yang sakit lutut, CMary Gluta Colla juga membantu meningkatkan tenaga dan mencantikkan kulit.

CMary juga mampu mengurangkan masalah senggugut, kurang lawas dan wanita menopaus yang dialami oleh wanita.

Ramai pengguna berpuas hati dengan produk CMary kerana telah membantu masalah kesihatan mereka.

Klik Sini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Tentang CMary 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *