Disebabkan faktor-faktor tertentu, ramai dalam kalangan kita yang berasa sakit tapak kaki.

Tapak kaki merupakan anggota badan yang sering kita gunakan untuk melakukan kebanyakan aktiviti fizikal. 

Jadi, tidak hairanlah jika sebahagian daripada kita mengalami ketidakselesaan atau kesakitan di bahagian berikut.

Dalam artikel ini anda akan mengetahui cara-cara melegakan kesakitan tapak kaki anda secara sendiri di zon selesa kediaman anda! 

Sebelum itu, mari kita lihat dulu apa itu sakit tapak kaki dan puncanya. Ayuh!

Sakit Tapak Kaki

sakit tapak kaki

Tapak kaki anda terasa menyucuk-nyucuk di bahagian jari, seluruh kawasan tapak dan juga tumit ketika berjalan? 

Anda berasa sakit apabila anda memberikan tekanan ke tapak kaki?

Malah, anda berasa sakit di tapak kaki anda sebaik sahaja anda bangun tidur dan ketika anda berjalan memulakan langkah pertama?

Tidak lain, tidak bukan, anda sebenarnya mengalami simptom  “Plantar Fasciitis”. Keadaan inilah yang menyebabkan benjolan di tulang anda. 

Kesakitan yang amat berlaku kerana tapak kaki kita menyokong berat badan sepenuhnya. 

Keadaan ini kebiasaannya berlaku dengan lebih kerap dalam kalangan wanita.  

Punca Sakit Tapak Kaki

sakit tapak kaki

Anda sudah tahu apa itu sakit tapak kaki, mari kita lihat pula beberapa punca anda mengalami kesakitan berikut: 

Berat badan yang berlebihan ataupun obes dapat menyumbang kepada kesakitan tapak kaki. 

Bukan itu sahaja, kebanyakan wanita yang hamil mengadu sakit di bahagian tapak kaki mereka. 

Hal ini kerana terdapat tekanan yang melebihi terhadap tapak kaki yang menyebabkan ketidakselesaan. 

Tekanan yang berlebihan ini akan menyebabkan otot menjadi lemah.

Apabila otot lemah, ia boleh menyebabkan koyakan kecil di bahagian tapak kaki.

Inilah punca sakit tapak kaki yang kemudian menyumbang kepada kepayahan untuk anda melangkah dengan selesa. 

Berjumpalah dengan doktor pada kadar segera untuk mengelakkan kesakitan anda bertambah serius.

Pemilihan kasut  anda juga memainkan peranan yang sangat penting. 

Pemakaian kasut yang tidak bersesuaian juga turut menyumbang kepada sakit tapak kaki.

Khususnya kaum wanita yang gemar memakai kasut tumit tinggi. Tekanan di bahagian hadapan tapak kaki yang tidak sekata akan menyebabkan kesakitan berpanjangan.

Setiap yang baharu pasti akan menjadi lama. Faktor lanjutan umur juga perlu kita pertimbangkan. 

Apabila usia meningkat, otot-otot dan juga ligamen-ligamen kita akan berkurang dari segi efisiensi. 

Malah, ia akan mengeras dan menyebabkan sendi-sendi sukar untuk bergerak dengan lebih lancar.

Jadi, sakit tapak kaki ini akan menjadi perkara biasa atas faktor usia sehinggalah anda mendapatkan rawatan yang sesuai. 

Jika anda merupakan seorang penggemar sukan, kebarangkalian untuk anda tercedera adalah tinggi.

Keperluan daya yang tinggi dalam sukan seperti mengangkat berat dan berlari menyebabkan anda terjebak dengan risiko yang lebih besar.

Lagi-lagi jika anda tidak melakukan senaman ringkas sebelum bermula.

Anda berpotensi untuk mengalami kecederaan yang kemudiannya menyebabkan kesakitan di bahagian tapak kaki jika anda kurang berhati-hati.

4 Cara Kurangkan Rasa Sakit Kaki Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

sakit tapak kaki

Macam mana ya? Saya mengalami hampir kesemua simptom sakit tapak kaki dan punca-punca diatas sememangnya penyumbang masalah saya ini!

Jangan risau, berikut merupakan beberapa metod untuk anda cuba mengurangkan kesakitan — ya, di rumah! : 

  1. Lakukan regangan

Selain daripada meringankan berat badan, melakukan senanam ringkas secara kerap juga dapat membantu mengurangkan kesakitan anda.

Hal ini kerana kekerapan regangan berikut dapat meningkatkan fleksibiliti otot-otot anda.

Apabila otot-otot, ligamen dan sendi anda telah menjadi lebih fleksibel, sudah tentunya anda akan berasa lebih bertenaga dan kuat. 

Malah, dengan aliran oksigen yang lebih bagus, tapak kaki anda juga dapat berfungsi dengan lebih optimum kerana mendapat perlindungan yang kerap dan rapi. 

2. Pemilihan kasut yang selesa

Pemakaian kasut tumit tinggi sememangnya menyerlahkan lagi keanggunan seorang wanita.

Namun, kita perlu juga pertimbangkan kesan jangka panjang dari segi postur badan dan juga keselesaan tapak kaki untuk berfungsi dengan baik.

Pilihlah kasut atau sandal yang tapaknya berpermukaan rata agar dapat mengoptimumkan perlindungan tapak kaki anda. 

Bukan sahaja ia lebih selesa, kita sememangnya perlu menjaga tapak kaki kita dengan sebaiknya.

Hal ini kerana ia merupakan kusyen yang melindungi tulang kita daripada sebarang kecederaan. 

3. Rendaman kaki

Oleh kerana metod ini mampu melegakan sakit tapak kaki, maka, ia merupakan antara yang bagus dan berkesan. 

Mudah sahaja, anda hanya perlukan air suam dan sedikit garam kasar. Masukkannya kedalam sebuah bekas untuk anda rendamkan kaki. 

Selepas 30 minit anda merendamkan kaki anda didalam bekas campuran berikut, tapak kaki anda akan beransur lega dari kesakitan hendaknya.

4. Meletakkan ais di tapak kaki

Pastikan anda membalut ais tersebut dengan tuala sebelum anda meletakkannya dibahagian tapak kaki yang sakit. 

Tekap pek ais yang dibalut tuala ke tempat sakit selama 20 minit selang 2-3 jam sehinggalah sebarang kesakitan atau bengkak beransur hilang.

Sekiranya tempat yang terkesan bertambah teruk, anda disarankan untuk terus mendapatkan nasihat dari pakar. 

Secara kesimpulannya, punca-punca berikut yang telah disenaraikan mampu menyebabkan sakit tapak kaki, namun, ianya dapat diatasi dengan mudah. 

Malah, anda dapat melegakan kesakitan anda di rumah dengan cara-cara yang telah kami kemukakan tadi. 

Sebagai sampingan untuk anda mempercepatkan proses pemulihan sakit tapak kaki, anda juga boleh mengambil suplemen tambahan seperti Cmary Gluta Colla. 

sakit tapak kaki

Cmary Gluta Colla keluaran syarikat Cmary ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

Cmary Gluta Colla ini membantu membaiki masalah kulit seperti ekzema, jerawat serta jeragat.

Sangat sesuai untuk membantu melegakan sakit-sakit sendi terutamanya pada bahagian leher,lutut, bahu, pinggang dan sebagainya.

Cmary dapat membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan tenaga, mengantuk serta cepat letih. 

Sangat bagus bagi mereka yang bekerja sepanjang hari dan memandu pada jarak jauh.

Cmary sangat bagus dalam membantu wanita yang sedang haid atau menopaus dari segi mengurangkan sakit senggugut dan pembuangan yang tidak lancar.

Bukan itu sahaja, produk keluaran Syarikat Cmary ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah mendapatkan kelulusan SIRIM.

Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang status Cmary Gluta Colla ini kerana ianya selamat dimakan dan diyakini ramai.

Kebanyakan pengguna produk keluaran Cmary ini sangat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat bagus. 

Klik Sini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Cmary

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *