Terdapat petua tradisional hilangkan sakit sendi yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu.

Ramai di kalangan kita yang mula mengadu sakit sendi atau sakit lutut. Kesan sakit ini boleh menyukarkan pergerakan untuk melakukan kerja harian.

Walaupun terdapat pelbagai ubat ubatan yang dijual di pasaran untuk merawat sakit sendi, kaedah tradisional sebenarnya dapat membantu mengurangkan kesakitan ini.

Image result for osteoarthritis

Sakit sendi sering dikenali sebagai osteoarthritis iaitu sejenis sakit yang disebabkan kekurangan cecair pelincir di dalam sendi dan permukaan sendi rawan menipis.

Sakit dirasai apabila pesakit melakukan pergerakan yang banyak atau dikenakan tekanan pada lutut.

Sakit lutut juga merupakan masalah biasa yang terjadi apabila mana-mana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut (femur, tibia, fibula), lutut (patella) atau ligament dan tulang rawan (meniscus) lutut.

C:\Users\User\Desktop\sakit sendi.jpg

Awas! Sakit sendi jari juga berlaku pada jari-jari tangan. Orang muda yang aktif seperti bersukan juga berpotensi mengalami kesakitan ini.

Punca Sakit Sendi dan Lutut

C:\Users\User\Desktop\sakit sendi lutut.jpg

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan sakit sendi dan lutut terjadi. 

Antaranya:

1. Faktor usia – semakin bertambah usia, semakin banyak sendi di badan yang digunakan dan semakin mudah cedera.

2. Lebihan berat badan – tulang akan dipaksa menampung berat badan yang berlebihan, lebih-lebih lagi di bahagian peha dan lutut.

3. Sejarah keluarga – kebarangkalian untuk anak sakit sendi adalah tinggi sekiranya ibu dan ayah juga pernah mengalaminya.

4. Otot yang lemah – kecederaan di bahagian sendi boleh terjadi akibat otot yang lemah dan kurang sokongan.

5. Penggunaan sendi yang berlebihan – keadaan ini berpotensi di kalangan atlit atau individu yang kerap melakukan kerja fizikal dan berat.

Simptom Sakit Sendi dan Lutut

Pernah terdengar bunyi ‘klik’ pada lutut? 

Sekiranya pernah, anda perlu berwaspada dan segera mendapatkan rawatan daripada doktor.

Situasi itu terjadi akibat geseran pada sendi yang terasa ketat kerana berada dalam keadaan kaku yang terlalu lama seperti duduk dalam tempoh yang panjang.

Jangan abaikan simptom. Segera dapatkan rawatan untuk menghindari kerosakan kekal pada lutut.

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Sendi

Berikut kami kongsikan beberapa kaedah tradisional yang anda boleh amalkan sendiri di rumah.

1.Halia

Image result for mashed ginger

Antara bahan untuk memasak yang paling penting di setiap rumah.

Kegunaan halia bukan sahaja untuk membuang angin di dalam badan, bahan ini juga berperanan mengurangkan rasa sakit kerana sifat anti-radang.

Bahan-bahan untuk merawat sakit sendi:

1 ketul halia

1 cawan air

Sedikit perahan jus lemon

Sedikit madu

Cara-cara:

Tumbuk halia sehingga hancur dan masukkan ke dalam secawan air.

Masukkan campuran air dan halia ke dalam periuk, rebus sehingga mendidih selama 10 minit.

Tapis air rebusan tadi dan campurkan jus lemon.

Campurkan 1 sudu kecil madu ke dalam campuran halia dan lemon.

Kacau sebati dan sedia diminum.

Anda boleh amalkan sehingga 3 cawan sehari sehingga sakit sendi semakin hilang.

2. Lemon

Image result for lemon

Tahukah anda bahawa asid sitrik di dalam lemon mempunyai fungsi sebagai pelarut kristal asid urik yang menjadi punca terhadap beberapa jenis arthritis?

Berikut adalah petua untuk mengurangkan sakit sendi dengan lemon.

Bahan-bahan:

2 biji lemon

2 sudu minyak bijan

Kain kapas

Cara-cara:

Potong lemon kepada beberapa bahagian kecil.

Bungkus kesemua lemon yang telah dipotong ke dalam kain kapas.

Celup lemon yang dibalut kain kapas ke dalam minyak bijan.

Tuamkan pada lutut atau jari yang sakit selama 5-10 minit.

Lakukan 2 kali sehari sehingga sakit semakin hilang.

3. Cuka Epal

Image result for apple cider

Cuka epal boleh membantu melarutkan mineral dan toksin berbahaya di dalam sendi badan.

Ia juga memulihkan pelincir untuk mengurangkan rasa sakit dan menggalakkan pergerakan.

Amalkan meminum air yang dicampur dengan 2 sudu cuka epal sehingga pulih sepenuhnya.

Dapatkan Supplement Sakit Lutut CMary

Sekiranya anda sedang mencari rawatan alternatif terhadap sakit lutut atau ingin membantu ibu bapa anda yang telah sekian lama berdepan dengan masalah sakit sendi, CMary adalah jawapannya.

Ia diyakini selamat untuk dimakan, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malah turut mendapat pengesahan SIRIM.

Bukan sahaja sesuai buat mereka yang sakit lutut, CMary Gluta Colla juga membantu meningkatkan tenaga dan mencantikkan kulit.

Sesuai untuk wanita , CMary juga mampu mengurangkan masalah senggugut, kurang lawas dan wanita menopaus.

Ramai pengguna berpuas hati dengan produk CMary kerana telah membantu masalah kesihatan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *