“Mak nak duduk sekejap la. Sakit lutut macam dicucuk-cucuk sepanjang berdiri sambil memasak tadi.”

Ini antara keluhan yang biasa kita dengar di kalangan orang-orang tua, bahkan keadaan ini sudah sinonim dengan mereka.

Apa yang menyebabkan sakit lutut terjadi? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui apakah punca, simptom dan cara mengurangkan kesakitannya.

Apa Maksud Sakit Lutut?

Sakit lutut merupakan masalah biasa yang terjadi apabila mana-mana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut (femur, tibia, fibula), lutut (patella) atau ligamen dan tulang rawan (meniscus) lutut.

Ia sering menyerang mereka yang sudah berusia.

Namun hari ini mereka yang berusia 30-an juga tidak terlepas dari menderita sakit sekaligus menyukarkan pergerakan dan kerja-kerja seharian.

Punca Sakit Lutut

Bukan sahaja faktor usia, sebenarnya ada beberapa lagi faktor yang menyumbang kepada sakit pada lutut.

1. Radang Sendi atau Arthritis

Keadaan ini boleh terjadi kerana Osteoarthritis iaitu keradangan sendi kerana peningkatan usia, cecair synovial yang semakin berkurang dan tisu rawan lutut yang menghakis.

Penyakit gout, jangkitan kuman dalam sendi dan rheumatoid arthritis juga boleh menjadi sebab kesakitan lutut.

2. Kecederaan Lutut

Boleh berlaku kerana kemalangan dan bersukan sekaligus menyebabkan kerosakan pada tendon, bursae dan ligamen yang berada pada sendi lutut.

Antara kecederaan pada lutut yang biasa ditemui adalah kerana tulang patah atau retak, tisu meniscus terkoyak, keradangan tendon dan kecederaan ‘anterior cruciate ligament’.

3. Masalah Teknikal

Ianya disebabkan oleh tempurung lutut yang terkeluar dari kedudukannya atau apabila seseorang itu mengalami sakit pada tapak kaki dan tulang pinggul.

Ia boleh memberikan tekanan pada bahagian lutut.

Simptom Kesakitan Pada Lutut

Ada beberapa gejala yang anda perlu ambil tahu berkenaan sakit lutut.

– Bengkak di lutut hingga sukar bergerak

– Sakit atau tak mampu untuk luruskan lutut

– Berasa panas hingga kemerahan

– Bunyi semasa menggerakkan sendi

– Kerap beralih berat ke lutut dan kaki yang bertentangan

– Tak upaya hendak bengkokkan lutut

– Terjengket ketika berjalan atau berdiri

– Rasa sakit ketika menaiki atau menuruni tangga

Cara Menghilangkan Kesakitan Pada Lutut

Ramai orang yang mengalami masalah ini cuba mencari pelbagai penawar sakit lutut supaya pergerakan mereka kembali normal.

Jika anda hendak mendapatkan rawatan pakar, ada beberapa ujian yang akan dijalankan. Antaranya:

1. Ujian Darah

Ia dilakukan sekiranya seseorang menghidap gout dan artritis.

2. Ujian Radiologi

Untuk menentukan keadaan tulang sama ada mengalami patah atau reput, manakala MRI dilakukan untuk melihat tisu lembut lutut mengalami koyakan atau kecederaan.

3. Pembuangan Cecair Dari Sendi

Jarum kecil menerusi kaedah steril akan dimasukkan ke dalam sendi untuk mengeluarkan cairan dari lutut. Sampel cairan akan dihantar ke makmal untuk dinilai.

Jika koleksi darah dalam cairan mengandungi kecederaan traumatik, maka proses mengeluarkan cecair akan dilakukan untuk melegakan kesakitan.

Cara Merawat Sakit Lutut Secara Tradisional

Ada juga yang mencari penawar sakit lutut dengan kaedah tradisional.

Antara petua yang sering diikuti ramai orang adalah menggunakan epal hijau dan kayu manis Ceylon.

Bahan-bahan:

2 biji epal hijau (potong dadu)

4-5 batang serai diketuk

1 batang kayu manis Ceylon

5 gelas air

Cara-cara:

1.Rebus kesemua bahan sehingga menjadi 4 gelas air.

2.Tunggu sehingga air menjadi suam baru diminum. Kekerapan untuk minum terpulang kepada anda.

3.Boleh kunyah epal ketika minum air.

Rawatan Sendi Lutut

Bagi mereka yang mengalami sakit lutut pasti tahu bagaimana derita dan sukarnya untuk bergerak dan membuat pekerjaan, apatah lagi jika sakit itu telah berlarutan.

Sekiranya anda sedang mencari rawatan alternatif untuk membantu ibu bapa anda yang telah sekian lama berdepan dengan masalah ini, CMary adalah jawapannya!

Ia diyakini selamat untuk dimakan, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malah turut mendapat pengesahan SIRIM.

Bukan sahaja sesuai buat mereka yang sakit lutut, CMary Gluta Colla juga membantu mereka yang kurang tenaga, mencantikkan kulit, mengurangkan masalah senggugut, kurang lawas dan wanita menopaus.

Cmary boleh didapati dengan harga hanya RM130 sahaja!

Ramai pengguna berpuas hati dengan produk CMary kerana telah membantu masalah kesihatan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *