Pernahkah anda merasa sakit kepala secara tiba-tiba dan benda pertama yang anda cari untuk melegakannya adalah minyak angin.

Anda kemudian segera menyapunya di kepala sambil mengurut lembut. Kadang kala surut, tetapi tak lama selepas itu sakit kepala menyerang lagi.

Bila ia datang, pastinya ia mengganggu tugasan harian anda. Satu apa pun tak boleh nak buat!

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui punca serta cara-cara mengurangkan sakit kepala.

Apa Itu Sakit Kepala?

C:\Users\User\Desktop\kepala sakit.jpg

Sakit ini sering terjadi apabila seseorang itu fokus terlalu lama dalam melakukan sesuatu pekerjaan sehingga menyebabkan stres atau berada di tempat yang panas dalam tempoh yang panjang.

Selain minyak angin, ramai mengambil langkah segera dengan makan ubat penahan sakit.

C:\Users\User\Desktop\apa itu sakit kepala.jpg

Kebiasaannya, sakit mula menyerang pada beberapa posisi kepala.

Ia sama ada di sekitar dahi (frontal), belakang kepala (occipital) yang merebak hingga ke tengkuk, sisi kepala (temporomandibular joint) dan muka.

Apabila seseorang itu merasai sakit, ia boleh dirasai di seluruh kawasan atau secara bertompok.

Apabila anda berjumpa doktor, beritahu di kawasan mana yang menyebabkan kesakitan tersebut supaya doktor dapat membuat mengesan penyakit yang menyebabkan anda sakit .

Perbezaan Dengan Migrain

C:\Users\User\Desktop\beza sakit kepala dan migrain.png

Masih ramai yang keliru dengan sakit yang menyebabkan seseorang itu sakit kepala atau migrain.

Perlu ingat bahawa kedua-dua keadaan ini adalah berbeza.

Migrain bersifat episodik, iaitu sakit yang hanya dirasakan pada bahagian tertentu kepala, disertai dengan rasa berdenyut selain menyebabkan rasa mual dan muntah.

Selain sensitif terhadap bunyi dan cahaya, migrain juga boleh terjadi atas faktor keturunan keluarga.

Untuk merawat migrain memerlukan rawatan dan pengurusan khusus, berbeza dengan sakit kepala yang boleh dirawat dengan beberapa ubatan dan mengubah cara hidup.

Punca Sakit Kepala

Di bawah merupakan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang merasai sakit pada kepala:

1. Kepanasan atau haba yang terlalu tinggi.

2. Kurang minum air.

3. Mengamalkan diet yang tidak seimbang sehingga badan kekurangan kandungan gula.

4. Tekanan di tempat kerja atau belajar.

5. Masalah otot yang disebabkan mengangkat barangan berat, memandu terlalu lama atau duduk lama mengadap komputer sehingga otot bahu menjadi kejang.

6.Masalah penglihatan atau rabun.

7. Masalah sinus.

Punca Migrain

Berikut adalah beberapa keadaan yang menyebabkan migrain:

1. Perubahan hormon di kalangan wanita, seperti sepanjang tempoh haid, kehamilan dan menopaus.

2. Pengambilan ubatan hormon.

3. Pengambilan minuman beralkohol.

4. Minum terlalu banyak minuman berkafein.

5. Tekanan di tempat kerja atau rumah.

6. Sensitif terhadap bunyi yang kuat, cahaya terang dan bau.

7. Perubahan masa seperti jetlag.

8. Perubahan cuaca.

9. Pengambilan makanan seperti coklat dan keju.

10. Pengambilan pemanis dan pengawet makanan.

Petua Tradisional Untuk Mengurangkan Sakit

Ramai orang gemar mengambil ubat penahan sakit seperti paracetamol atau Panadol untuk mengurangkan serangan sakit kepala.

Apa kata cuba beberapa petua tradisional ini untuk hilangkan sakit pada kepala anda.

1. Pudina

C:\Users\User\Desktop\teh pudina.jpg

Aroma segar menthol pada pudina akan membolehkan saraf dan otot menjadi lebih relaks dan membantu mengurangkan sakit pada kepala.

Sapu minyak pudina di sekitar dahi atau kepala atau minum teh berperisa pudina.

2. Minum Air kosong

C:\Users\User\Desktop\air kosong.jpg

Walau sesibuk mana pun hari anda, jangan lupa untuk minum air kosong. Dehidrasi boleh berlaku sekiranya badan kekurangan air.

Air kosong membantu pengedaran darah dalam badan dan membantu proses aliran oksigen dalam badan.

3. Limau kasturi

C:\Users\User\Desktop\limau kasturi.jpeg

Ini antara petua terkenal di kalangan orang-orang tua dahulu.

Ambil beberapa biji limau kasturi dan belah kepada dua bahagian.

Ramas limau kasturi di atas kepala sambil picit-picit di bahagian yang sakit.

Kesemua buah limau kasturi tadi dimasukkan ke dalam mangkuk bersama air dan dijirus ke atas kepala.

4. Asam jawa dan santan

C:\Users\User\Desktop\asam jawa.jpg

Gaul asam jawa dan tapis perahannya kemudian campur bersama santan.

Lumurkan seluruh kepala, bungkus dengan tuala dan biarkan dalam 5-10 minit.

Bilas rambut dengan air bersih atau menggunakan syampu.

5. Pek ais

C:\Users\User\Desktop\pek ais.jpg

Sama ada pek ais atau balut ais yang diletak di dalam tuala, kaedah ini akan memberi sedikit kelegaan di bahagian kepala yang sakit.

Bagi mereka yang sering sakit seperti ini, pasti tahu bagaimana urusan seharian tidak dapat dilakukan apatah lagi jika sakit tersebut berlarutan sehari dua.

Selain petua tradisional yang disebutkan di atas, anda juga boleh mencuba rawatan alternatif untuk mengurangkan kesakitan kepala.

C:\Users\User\Desktop\cmary.jpg

Cmary mempunyai kandungan Gluta Colla yang dapat membantu masalah sakit pada kepala. Malah pengambilannya juga dapat menambah tenaga dan mengurangkan masalah kurang lawas.

Bagi wanita, CMary juga dapat membantu masalah senggugut, menopaus dan mencantikkan kulit.

Usah risau, produk ini telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mendapat pengesahan SIRIM menjadikan ia selamat untuk dimakan.

Pengguna yang telah mencuba CMary amat berpuas hati dengan hasilnya yang positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *