Penyakit gout sering kali dikaitkan dengan pengambilan makanan laut yang mengandungi asid urik yang tinggi serta memakan protein secara berlebihan.

Walaupun seseorang itu mementingkan gaya hidup sihat dan mengamalkan diet harian yang seimbang, mereka juga boleh diserang penyakit ini.

Bagi mendapatkan maklumat mengenai penyakit gout dan cara-cara mengatasinya dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini sehingga akhir.

Apa Itu Penyakit Gout?

Sakit gout juga dikenali sebagai penyakit artritis ini terjadi disebabkan asid urik yang terkumpul di bahagian tisu lembut pada bahagian sendi dan sering berlaku pada bahagian kaki.

Antara ciri-ciri gout adalah keradangan, bengkak, kemerahan, sakit teruk serta serangan secara tiba-tiba pada bahagian pangkal jari kaki.

Bukan itu sahaja, pesakit juga akan berasa pembengkakan pada bahagian kaki serta terasa panas pada bahagian tersebut.

Siapa Yang Berisiko Untuk Dijangkiti Gout?

Walaupun gout seringkali menyerang golongan yang berusia, ia juga boleh menyerang golongan muda.

Berikut merupakan kategori-kategori mereka yang berisiko untuk menghidapi penyakit gout.

Sekiranya ada ahli keluarga anda yang menghidapi penyakit gout ini, risiko anda untuk diserang penyakit gout adalah tinggi.

Lelaki lebih mudah diserang gout berbanding wanita. Umur adalah dalam anggaran usia 30 hingga 50 tahun.

Wanita sering mengalami gout selepas menopaus disebabkan tahap asid urik dalam badan yang semakin meningkat.

Individu yang mempunyai masalah obesiti berisiko tinggi untuk diserang gout berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal atau mereka yang kurus.

Selain daripada pengambilan makanan laut, daging dan kekacang yang berlebihan adalah salah satu punca penyakit gout.

Gout juga boleh menyerang mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang, kencing manis serta masalah jantung.

Tanda-tanda Gout

Masih ramai lagi yang tidak tahu mereka diserang penyakit gout dan merasakan ianya merupakan sakit sendi biasa sahaja. 

Adalah amat penting untuk mengetahui perbezaan sekiranya anda diserang gout ataupun tidak supaya anda boleh mendapatkan rawatan dengan segera. 

Berikut merupakan tanda-tanda sekiranya anda diserang gout:

Sendi pada bahagian yang sakit akan menjadi lembut, merah dan bengkak.

Apabila anda diserang gout, anda akan berasa susah untuk bergerak seperti biasa.

Serangan gout boleh mengambil masa yang lama dan boleh menjejaskan banyak sendi yang akan membuatkan anda tidak berasa selesa pada bahagian tersebut.

Gout biasanya menyerang pada kawasan di bawah sendi kaki. 

Namun begitu, ia juga boleh menyerang pada mana-mana bahagian sendi seperti jari, pergelangan tangan, siku serta lutut.

Anda akan berasa sakit yang sangat teruk pada bahagian-bahagian sendi pada 4 hingga 12 jam pertama selepas ianya bermula.

5 Cara Mengatasi Penyakit Gout

Selain dari mengambil ubat-ubatan dari doktor, terdapat beberapa petua hilangkan gout secara alami yang anda boleh cuba. 

Mari kita lihat 5 cara mudah untuk anda mengatasi gout.

  1. Rehat dan Tidur yang Secukupnya

Tidur dan rehat yang cukup adalah amat penting bagi mereka yang menghidapi penyakit gout.

Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari membantu anda berasa sihat secara keseluruhan.

Selain itu, tidur yang mencukupi dapat membantu anda untuk memulihkan sendi yang terjejas akibat serangan gout sekaligus membantu anda mengatasi masalah gout.

  1. Bersenam

Seterusnya, bersenam juga dapat membantu anda untuk mencegah serangan gout pada masa yang akan datang. 

Hal ini kerana dengan memiliki berat badan yang ideal, ia dapat membantu proses pencegahan gout. Namun begitu, anda tidak disarankan untuk bersenam ketika sedang sakit gout.

Pastikan kesakitan yang dialami berkurang terlebih dahulu sebelum anda memulakan senaman.

Namun begitu, sekiranya anda mendapat gejala baharu ketika bersenam, segera dapatkan nasihat doktor anda.

  1. Kurangkan Pengambilan Makanan yang Mengandungi Protein yang Tinggi

Pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan memakan makanan seperti kekacang dan daging. Ini kerana makanan-makanan ini tinggi kandungan purein yang bertanggungjawab menyebabkan kandungan gout tinggi di dalam badan.

Bagi mencegah gout, pastikan anda melebihkan memakanan buah-buahan seperti blueberry dan ceri kerana ianya mengandungi anthocyanins iaitu bahan anti bengkak yang mampu mengurangkan bengkak akibat gout.

Selain itu, banyakkan meminum air untuk mencuci keluar lebihan gout beserta pengambilan ubat atau buah-buahan.

  1. Kurangkan Stres

Stres juga boleh menyebabkan serangan gout dan memburukkan gejala tersebut. Adalah amat penting untuk anda menguruskan tekanan anda dengan baik.

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan tekanan seperti bermeditasi, bersenam dan melakukan senaman pernafasan.

Dengan melakukan hal-hal seperti ini, kesakitan anda dapat dikurangkan kerana perhatian anda telah dialihkan dari kesakitan yang dialami.

  1. Pengambilan Makanan Herba

Akhir sekali, terdapat beberapa makanan herba yang dapat membantu mencegah penyakit gout.

Antara makanan herba yang dapat mengurangkan keradangan gout adalah kunyit. Bukan itu sahaja, bromelain dari batang nenas juga turut membantu mencegah gout.

Namun begitu, sekiranya anda ingin mengambil suplemen yang berasaskan herba, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Kesimpulannya, penyakit gout ini boleh dicegah dan diatasi sekiranya individu tersebut mengikuti cara-cara yang diterangkan di atas.

Selain daripada mengamalkan pemakanan yang sihat, anda juga boleh mengambil suplemen tambahan bagi memastikan tubuh badan anda kekal sihat dan mengurangkan risiko gout.

Sekiranya, anda masih lagi tercari-cari suplemen yang sesuai untuk membantu mengurangkan sakit sendi dan mencegah gout, anda boleh mencuba Cmary Gluta Colla.

Jika anda sedang mencari rawatan alternatif terhadap sakit lutut, lebih-lebih lagi buat ibu bapa tersayang yang mengalami masalah sakit sendi, CMary adalah pilihan yang terbaik.

Cmary Gluta Colla keluaran syarikat Cmary ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

Cmary Gluta Colla ini membantu membaiki masalah kulit seperti ekzema, jerawat serta jeragat.

Sangat sesuai untuk membantu melegakan sakit-sakit sendi terutamanya pada bahagian leher,lutut, bahu, pinggang dan sebagainya.

Cmary dapat membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan tenaga, mengantuk serta cepat letih. 

Sangat bagus bagi mereka yang bekerja sepanjang hari dan memandu pada jarak jauh.

Cmary sangat bagus dalam membantu wanita yang sedang haid atau menopaus dari segi mengurangkan sakit senggugut dan pembuangan yang tidak lancar.

Bukan itu sahaja, produk keluaran Syarikat Cmary ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah mendapatkan kelulusan SIRIM.

Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang status Cmary Gluta Colla ini kerana ianya selamat dimakan dan diyakini ramai.

Kebanyakan pengguna produk keluaran Cmary ini sangat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat bagus.

Klik Sini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Cmary

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *