Apakah ubat sakit lutut yang terbaik di pasaran?

Terdapat bermacam-macam produk sakit lutut di luar sana, namun adakah ianya memenuhi kemahuan anda?

Dalam artikel kali ini, anda akan mengetahui lebih lanjut tentang cara-cara untuk memilih ubat sakit lutut yang berkesan.

Apa Yang Membuatkan Orang Mencari Ubat Sakit Lutut?

Memang menjadi kebiasaan bagi mereka yang sering sakit lutut dan sudah berusia mencari ubat untuk mengurangkan kesakitan.

Sebagai anak, kita juga berusaha mencari ubat untuk orang tua kita.

Mereka akan mula mengadu sakit lutut ketika berdiri untuk bersolat, sukar nak naik tangga dan tak boleh berdiri lama.

Mereka yang memerlukan ubat sakit lutut perlu mengetahui tahap kesakitan mereka. Terdapat 2 keadaan iaitu sakit lutut jangka pendek dan sakit lutut jangka panjang.

Bagi mereka yang mengalami sakit lutut jangka pendek, pesakit tidak perlu mendapatkan rawatan doktor dan boleh membeli supplemen sakit lutut di farmasi.

Pesakit jangka panjang pula perlu mendapatkan rawatan di hospital. Kes-kes ini selalunya berlaku apabila tulang rawan mula rosak atau jangkitan pada sendi. Pesakit biasanya menghidap penyakit kronik lain seperti arthritis, gout dan kecederaan akibat bersukan.

Oleh kerana itu, pemilihan solusi sakit lutut perlu diketahui dengan betul supaya kesakitan dapat dikurangkan.

1.  Pilih Produk Yang Ada KKM

Anda bebas memilih apa sahaja produk sakit lutut namun pastikan produk itu mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini kerana setiap produk yang dipamerkan dan diiklankan perlu mematuhi piawai yang ditetapkan oleh KKM. 

Ia juga untuk memastikan produk kesihatan itu selamat dimakan dan tidak mendatangkan masalah kepada pengguna.

2. Pilih Produk Yang Dihasilkan Daripada Bahan-Bahan Semulajadi

Ketika anda membeli produk sakit lutut, pastikan anda melihat senarai kandungan pada botol produk tersebut. 

Ada produk yang dihasilkan daripada sebatian kimia untuk merawat sakit lutut. Produk-produk ini biasanya adalah ubat-ubat hospital yang disyorkan oleh doktor kepada pesakit.

Sekiranya anda mahukan alternatif, pilih produk yang diformulasikan daripada herba-herba semulajadi untuk mengurangkan sakit lutut. 

Di antara manfaat produk ini adalah:

  • Boleh menambahkan pelincir di dalam sendi
  • Menambah ketebalan rawan sendi
  • Memperbaiki ligamen 
  • Mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi.

3. Lihat Pada Kesesuaian dan Kesan Sampingan 

Tidak semua orang mengalami kesan terbaik setelah mengamalkan produk untuk mengurangkan sakit lutut.

Ini kerana keadaan tubuh badan seseorang adalah tidak sama. 

Ada orang yang boleh telah pil atau kapsul. Ada orang yang suka dalam bentuk minuman. Ada yang hanya boleh sapu pada lutut sahaja.

Ada juga yang mengalami kesan sampingan setelah makan ubat. Simptom-simptom seperti pening-pening dan gatal-gatal sering dihadapi oleh orang yang tidak serasi dengan ubat yang dimakannya.

Sekiranya perlu, dapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil apa-apa ubat sakit lutut.

4. Diyakini Ramai Pengguna

Produk yang berkesan adalah produk yang dipercayai oleh pengguna.

Sekiranya anda sedang membuat pilihan untuk memilih produk, pastikan anda lihat testimoni dan maklumbalas pengguna.

Selalunya maklumbalas yang positif daripada pengguna menunjukkan produk itu berkesan dan bagus. Ia juga menguatkan kepercayaan anda untuk membeli produk itu.

5. Teknologi Rawatan Terkini

Anda juga boleh memilih rawatan moden. Kini, kemajuan teknologi perubatan membolehkan rawatan sakit lutut menggunakan kaedah sel stem.

Kaedah ini bermula pada tahun 2003 dan kini memasuki kajian peringkat kedua dan akan dikomersialkan sepenuhnya pada tahun 2021.

Selain itu, rawatan haba atau termotherapi juga terkenal di kalangan mereka yang mengalami sakit lutut. 

Ia melibatkan penggunaan haba panas atau sejuk pada sendi untuk meningkatkan peredaran darah serta merehatkan otot.

Kesimpulan

Pemilihan produk sakit lutut amat penting bagi anda yang mengalaminya. Sekiranya anda sedang mencari rawatan alternatif terhadap sakit lutut atau ingin membantu ibu bapa anda yang telah sekian lama berdepan dengan masalah sakit sendi, CMary adalah jawapannya.

Ia diyakini selamat untuk dimakan, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malah turut mendapat pengesahan SIRIM.

Bukan sahaja sesuai buat mereka yang sakit lutut, CMary Gluta Colla juga membantu meningkatkan tenaga dan mencantikkan kulit.

CMary juga mampu mengurangkan masalah senggugut, kurang lawas dan wanita menopaus yang dialami oleh wanita.

Ramai pengguna berpuas hati dengan produk CMary kerana telah membantu masalah kesihatan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *