Sakit buah pinggang merupakan salah satu penyakit berbahaya yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Pengetahuan tentang tanda-tanda sakit buah pinggang adalah penting untuk pencegahan awal.

Sekiranya terdapat 11 tanda-tanda di bawah ini, segeralah mendapatkan rawatan doktor atau mula mengamalkan cara hidup yang sihat. 

Tanda-Tanda Sakit Buah Pinggang

  1. Mudah Letih
A person wearing glasses  Description automatically generated

Ini adalah antara tanda yang paling senang untuk anda lihat. Jika seseorang mengalami sakit buah pinggang, pesakit akan letih dan penat.

Ini kerana buah pinggang tidak berfungsi seperti biasa akibat pembentukan toksin dan kekotoran dalam darah.

Dalam masa yang sama, ia juga boleh membawa kepada penyakit lain yang lebih berbahaya.

  1. Pembentukan Bengkak

Salah satu tanda buah pinggang rosak adalah kegagalan buah pinggang untuk membuang peluh dan kencing. 

Implikasinya adalah kaki, pergelangan kaki atau tangan menjadi bengkak. Ia juga boleh berlaku pada bahagian muka dan mata.

  1. Kerap Membuang Air Kecil

Kerap ke tandas pada waktu malam? Ia adalah tanda sakit buah pinggang yang jelas berlaku.

Masalah ini berlaku kerana penapis pada buah pinggang tidak dapat menyerap air menyebabkan pundi kencing sentiasa penuh dengan air kencing. Ini yang menyebabkan rasa ingin kencing dengan terlalu kerap. 

  1. Air Kencing Berbuih

Jika air kencing berbuih, ia juga adalah salah satu tanda kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik.

Air kencing berbuih mengandungi buih seperti mengacau telur mentah. Ini kerana protein yang ada pada telur sama dengan dalam air kencing.

Jika lihat keadaan itu, bersegeralah merujuk doktor pakar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

  1. Air Kencing Berdarah

Seperti tanda sebelum ini, ia juga melibatkan air kencing anda kerana buah pinggang anda kait rapat dengan perkara ini. Tanda yang kali ini pula adalah air kencing yang berdarah.

Apabila berlaku kegagalan buah pinggang untuk menapis bahan kumuh untuk menghasilkan air kencing, masalah air kencing berdarah akan berlaku. Darah akan masuk ke dalam air kencing dan seterusnya menyebabkan perdarahan.

  1. Selera Makan Berkurang

Jika seseorang berasa kurang selera makan, ia juga tanda masalah buah pinggang berlaku.

Ini kerana toksin yang sepatutnya disingkirkan oleh buah pinggang masih berada di situ. 

  1. Sukar Tidur
sukar tidur malam tanda tanda sakit buah pinggang

Jadual tidur juga boleh terjejas akibat kegagalan buah pinggang anda untuk berfungsi dengan baik.

Proses penapisan yang tidak dapat dilakukan oleh buah pinggang akan menyebabkan masalah tidur yang dinamakan sleep apnea.

Masalah ini boleh menyebabkan kematian kerana ia boleh menyebabkan seseorang berhenti bernafas.

  1. Kulit Kering Dan Gatal

Ini juga merupakan simptom sakit buah pinggang.

Buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan keseimbangan garam mineral dan nutrien terganggu.

Kegagalan ini boleh menyebabkan kulit kering dan gatal.

  1. Kekejangan Pada Otot

Buah pinggang yang sakit juga boleh menyebabkan kekejangan pada otot. 

Ini akan membawa kepada ketidakseimbangan elektrolit dalam badan. Kekurangan nutrien yang penting seperti kalsium dan potasium yang boleh menyebabkan kekejangan otot.

  1. Sering Pening Kepala

Jika buah pinggang tidak berfungsi dengan baik, toksin dan air yang berlebihan tidak dapat disingkirkan daripada badan dan boleh menyebabkan pening dan sakit kepala.

Ini boleh menyebabkan anemia yang boleh menghalang oksigen dari sampai ke otak. Ini sangat bahaya dan boleh membawa kepada kematian.

  1. Bau Nafas Yang Teruk
A picture containing person, clothing, person, standing  Description automatically generated

Kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkan sisa buangan dan toksin berlebihan daripada badan boleh menyebabkan masalah bau.

Ini kerana sisa buangan berada dalam sistem perkumuhan badan dalam jangka masa yang lama.

Jika masalah ini tidak selesai dengan cepat, ia boleh membawa kepada penyakit dan masalah yang lebih besar.

Kesimpulannya, sakit buah pinggang sangat bahaya dan perlu diketahui oleh semua. Tanda-tanda yang telah dijelaskan dalam artikel ini boleh membantu anda untuk mencegah masalah ini.

Jika anda sedang mencari supplemen yang boleh membantu mengurangkan masalah kesihatan, kami sarankan anda mencuba Cmary Gluta Colla.

Ini adalah antara kelebihan yang anda boleh nikmati jika anda mengambil produk ini:

  • Melegakan Sakit Sendi

Cmary mampu melegakan sengal-sengal sendi kepada pengguna terutama pada bahagian, bahu, lutut, pinggang, tengkuk dan sebagainya.

  • Masalah Kurang Tenaga

Sesuai untuk mereka yang kurang bertenaga, cepat letih dan mengantuk. Terutamanya bagi mereka yang bekerja atau mereka yang memandu jarak jauh.

  • Memperbaiki Masalah Kulit

Cmary membantu memperbaiki masalah kulit seperti jeragat, jerawat dan ekzema (rasa gatal dan kulit kering melampau).

  • Mengurangkan Ketidakselesaan

Wanita haid atau menopaus. Malah mereka yang mempunyai masalah senggugut dan masalah pembuangan tidak lawas.

Sekiranya anda sedang mencari rawatan alternatif terhadap sakit lutut atau ingin membantu ibu bapa anda yang telah sekian lama berdepan dengan masalah sakit sendi, CMary adalah jawapannya.

Ia diyakini selamat untuk dimakan, berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malah turut mendapat pengesahan SIRIM.

Bukan sahaja sesuai buat mereka yang sakit lutut, CMary Gluta Colla juga membantu meningkatkan tenaga dan mencantikkan kulit.

CMary juga mampu mengurangkan masalah senggugut, kurang lawas dan wanita menopaus yang dialami oleh wanita.

Ramai pengguna berpuas hati dengan produk CMary kerana telah membantu masalah kesihatan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *